Tuesday, December 20, 2011

Tulis - tulis petang 5S - SSDD







assalammualaikum,
Saya dari unit promosi ingin membuat satu program yang mana program ini dapat memotivasikan kita dan melihat apa yang kita sudah buat yang harus di STOP kan dan apa yang kita perlu buat.. semuanya harus difikirkan untuk menjamin kesedaran 5S kepada diri kita.

saya lampirkan 4 pilihan.. dan anda harus memilih 2 dari padanya.. Maksimum 2..
semoga program ini boleh berjalan selepas atau sebelum majlis ucapan bersama pengarah.
terima kasih

Noorhisyam Razali
Ketua Unit Promosi
012-399 39 47

sila rujuk bklog 5S yer..

http://kktmpj5s.blogspot.com



Friday, December 16, 2011

Kuiz Bijak 5S - 13-17 Disember 2011

salam
hari ini selepas bacaan yasin..
Unit promosi telah membuat satu program penyampaian hadiah untuk Kuiz Bijak 5S

Kuiz yang dijalankan pada senat internal KKTM PJ
seramai 60 orang pensyarah dan staf mengambil bahagian..

3 pemenang di pilih iaitu
1. Puan Fatiahnoor
2. Puan Siti Fatimah
3.Puan Rusnah

pada kesempatan juga Unit promosi membuat penghargaan kepada encik omar dan saiful anis kerana telah berjaya membantun.




Friday, December 9, 2011

Gerak gempur - pelancarannya cukup terkesan pada semua jiwa




salam semua
inilah dikatakan amanat
bila mendengar amanat dari pengarah
terasa bagaikan satu suntikan semangat yang membuak dan unit promosi cukup memahami kehendak kolej dengan mengadakan satu pelancaran GERAK gempur 5S yang dikatakan dapat memberikan impak positif dikalangan staf dan pensyarah
pelancaran ini dilakukan oleh Pengarah KKTM PJ
Puan Hajjah Fadhilah Binti Shukor yang memotong reben perasmian..

terima kasih



Kunjungan Mesra Pengarah - Mesra semurni Ikatan

salam..
Sekian Minggu Unit Promosi menjalankan aktiviti..
Alhamdulillah.. berkat sokongan semua..
maka unit promosi sudah ada lebih dari 30 aktiviti sepanjang tahun dan antara yang terbanyak dan paling GRAND dalam 2 tahun sebelum ini..
banyak projek mega Unit promosi lakukan untuk menunjukkan kesedaran tentang amalan 5s ini dipersekitaran kerja yang berkualiti..

semoga usaha ini memberi impak positif didalam organisasi ini..


Kuiz Bijak 5S - KKTM PJ - Anjuran Unit Promosi 5S

Assalammualaikum.

Sukacitanya dimaklumkan Unit promosi 5S KKTMPJ akan menganjurkan satu KUIZ Bijak 5S antara tarikh pada 12 - 16 Disember (waktu terluang : rehat). Pertandingan / Kuiz ini bertujuan untuk mengembalikan daya ingatan dan memberikan kesedaran dan pengetahuan dan informasi berkaitan dengan 5S. Soalan adalah berkisarkan tentang amalan 5S yang diamalkan di KKTM PJ. Penyertaan adalah percuma dan mohon jasa baik semua warga untuk memberi soongan dengan menjawab soalan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan.
Hadiah menarik disediakan bagi pemenang yang berjaya. keputusan juri dari Unit promosi adalah muktamad. sekian terima kasih
Anda juga boleh rujuk blog unit promosi iaitu :   http://kktmpj5s.blogspot.com/



Tuesday, July 19, 2011

Kembali SEMARAKkan semangat 5S di KKTM PJ

salam semua dan salam sejahtera
Mesyuarat hari ini di Bilik Mesyuarat Pesona bermula jam 10 pagi dan berakhir 12 tengahhari
antara agenda mesyuarat adalah
1. Perbentangan minit mesyuarat yang lalu
2. Laporan setiap jawatankuasa dan Zon 5S
3. Perancangan bulanan setiap jawatankuasa
4. Perkara berbangkit
5. Sesi soal jawab

Mesyuarat kali ke 5 tahun 2011 ini dipengerusikan oleh Puan Norsham Obaidullah dan dihadiri oleh ketua jawatankuasa dan juga ketua zon 5S. Perbincangan dalam kawalan yang mesra dan objektif mesyurat tercapai dengan pengendalian Pengerusi mesyuarat.

untuk Unit promosi :

Cadangan aktiviti adalah seperti berikut

1. Program Ekspresi 5S - melalui kertas mahjung - 21 Julai 2011
2. Refresh 5S - melalui perhimpunan setiap bulan - 1 Ogos 2011
3. Kempen "Jom Pakat Kekalkan 5S" - Lancarkan 1 Ogos 2011
4. Pengiktirafan melalui "Idea Kreatif 5S"
5. Lawatan 5S - Perodua ataupun JPN untuk melihat Johan Konvensyen 5S se Malaysia